Thursday, August 26, 2010

Mutiara Kata


"Perkataan yang baik dan pemberian maa
f lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah maha kaya lagi maha penyantun."

Surah Al-Baqarah : Ayat 263
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu."
Riwayat Bukhari dan Muslim
"Sesiapa yang bangun (beribadah) pada kedua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati."
Sabda Rasulullah S.A.W


"Kalau kau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya."
Sayidina Umar Al Khatab


"Berjalanlah di bumi Allah ini kerana perjalanan akan menghilangkan pelbagai kesedihan dan mewujudkan kegembiraan. Sementara rasa kegembiraan dan ketenangan adalah penawar mujarab kepada penyakit jika dibandingkan kaedah perubatan doktor."
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu."
Hadis riwayat Muslim dan Tabrani


"Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata."
Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani


"Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tiada dalamnya dosa,atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara : samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya."
Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

"Semua amal anak Adam AS dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah SWT dan Dia akan terus memberikan pahala pada sekelian."
Riwayat Muslim


Imam Ali berkata :

" Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...