Tuesday, May 3, 2011

Selamat Tinggal

innalillahiwainnailaihirojiun.....
ucapan takziah aku tujukan utk keluarga rakan sekolah ku di SESERI dahulu....

terkejut gila aku bila dapat tahu kawan aku nie baru jer meninggal dunia....
sebabnyer???
ditikam lelaki akibat menolak lamarannya.....
waishhh.... kasihan sungguh....
tak perlu lah smp tikam org sebab lamaran di tolak....
laki tuh dah berusia kowt...
psiko giler.....

waaarrgghhhh... takotnyer dgn dunia sekarang nie....
mudah-mudahan, roh nya ditempatkan bersama2 org yang beriman.....
ni laporan dari KOSMO....

Wanita dibunuh kerana enggan terima lamaran

03/05/2011 2:25pm

ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

“Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redho dan diredhoiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu" (Al-Fajr:27-30)

Al-Fatihah


-TaMMaT-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...